Thursday, March 18, 2010

Friday, March 12, 2010

Salam Sejahtera

Selamat bercuti! Jangan lupa tugasan-tugasan yang diberi pada musim cuti sekolah.

Saya akan berangkat ke Melaka dengan murid-murid Primari Empat pada hari Ahad ini.

Thursday, March 11, 2010

Hujan Semalam

11 Mac 2010
SINGAPURA

Leganya hujan!

ALANGKAH lega apabila hujan menyimbah bumi Singapura semalam setelah cuaca panas dan kering sebelum ini.

Yang pasti payung muncul di mana-mana, seperti di kalangan pelajar dari Jepun yang melintasi jalan raya di kawasan Clarke Quay ini.

Menurut Divisyen Khidmat Meteorologi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) semalam, 30 hingga 45 milimeter air direkodkan di kawasan selatan dan tengah Singapura dengan cuaca antara 23 hingga 29 darjah Celsius.

Menurut NEA hujan dijangka turun lagi beberapa minggu akan datang.

Dalam tempoh ini hujan berserta guruh dijangka berlaku terutama pada tengah hari.

Monday, March 8, 2010

Akibat Cuai


Adam hendak pergi ke rumah kawannya. Adam lapar kerana belum makan tengah hari. Adam teringat dia ada pisang di dalam koceknya. Adam memang nakal kerana selepas makan pisang itu, dia membuang kulit pisang itu sembarangan.

Selepas itu, Cikgu Irfan lalu di sana. Dia tidak nampak kulit pisang itu. Dia terpijak kulit itu lalu terjatuh. Cikgu Irfan kesakitan lalu berlari ke klinik yang dekat.

Cikgu Irfan sangat marah kerana dia sudah lambat untuk pergi ke sekolah. Cikgu Irfan tidak tahu yang Adam sedang menjenguk ke dalam bilik rawatan itu.

Adam berasa menyesal kerana Cikgu Irfan guru kesayangannya. Adam menulis surat untuk meminta maaf.


102 patah perkataan

Raisa Mardhiah Bte Md Redwan
ML3A/2 (2010)

*********************************************


Fathi mahu pergi ke rumah mak ciknya. Dia berjalan sambil makan sebiji pisang. Dia membuang kulit pisang itu sembarangan. Fathi seorang budak yang nakal. Dia tidak berfikir sama ada perbuatannya itu betul atau salah.

Tiba-tiba Cikgu Izz lalu di situ. Cikgu Izz mahu pergi ke sekolah. Dia sudah terlambat. Cikgu Izz tidak nampak yang ada kulit pisang di situ. Dia terus terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Dia mengerang kesakitan.

Setibanya di klinik, dia terus ceritakan apa yang berlaku. Di klinik itu ada Fathi. Fathi sedang menjenguk ke dalam bilik rawatan. Fathi menggigil ketakutan.

Setibanya di rumah, dia mengambil sehelai kertas lalu mulai menulis. Dia meminta maaf. Dia berasa menyesal. Sekarang dia sudah sedar. Dia tahu perbuatannya itu adalah salah.


120 patah perkataan

Amirul Bin Abdullah
ML3A/1



*********************************************


Ifran hendak ke rumah kawan baiknya. Dia berjalan menuju ke perhentian bas sambil makan dua biji pisang. Ifran memang budak yang nakal. Dia membuang kulit pisang itu sembarangan.

Cikgu Saifudin hendak ke Sekolah Rendah Griffiths. Tiba-tiba Cikgu Saifudin terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh ke lantai yang keras itu. Cikgu Saifudin pun pergi ke klinik yang berdekatan.

Doktor di klinik itu membubuh ubat pada tangan Cikgu Saifudin yang cedera. Cikgu Saifudin berasa marah. Ifran pun ada di klinik itu juga. Ifran menjenguk ke bilik rawatan itu. Ifran berasa takut kerana esok harinya Cikgu Saifudin akan mengajarnya Bahasa Melayu di sekolah.

Ifran terus pulang ke rumah dan menulis surat kepada Cikgu Saifudin untuk meminta maaf. Dia tidak akan cuai lagi. Dia berasa lega kerana telah menulis surat kepada gurunya.



127 patah perkataan

Muhammad Audi Bin Othman
ML3A/2